Khamis, 30 Rejab 1446H bersamaan 30 Januari 2025M
Jabatan Kemajuan Perumahan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya telah menyelenggarakan Majlis Munajat yang diselajurkan dengan membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan. Turut hadir adalah Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


Acara dimulai dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil serta Doa Tahlil dan Doa Munajat. Doa khas bagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk Negara dan Rakyat Palestin juga turut dibacakan. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Selawat Tafrijiyyah.